Friday, July 24, 2009
GAPHO GAK BLOG-BLOG NIH?? TAKUT NYA TUKAR NGAN JOKOM BLOK...
KURSUS ICT
Kursus ini disasarkan kepada semua guru SK Kandis.
MS POWER POINT Vs PENGURUSAN PANITIA
KURSUS MOTIVASI KERJA DAN PENGURUSAN PANITIA
Tarikh : 25 Okt.2009
Dalam melaksanakan tugas seharian, guru-guru menghadapi pelbagaitekanan yang boleh menyebabkan guru-guru kurang bermotivasi dalammenjalankan tugas seharian.Kursus Motivasi Kerja diharap dapat meningkatkan semula komitmen yang tinggi di kalangan guru selaras dengan tugas dan tanggungjawab mereka untukmelahirkan pelajar yang berilmu dan berketrampilan. Kursus ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh Pn Hjh Zainun bt Mat, Pegawai Khas (Kaunselor) dari PPD Bachok.Disamping itu juga SK Kandis telah mengadakan kursus Pengurusan Panitia dimana Panitia merupakan satu organisasi yang melaksanakan program-programuntuk meningkatkan kecemerlangan pelajar. Oleh itu, setiap guru perlumemahami tentang cara-cara pengurusan panitia. Penceramah jemputan adalah En Mohd Faizul b Yusoff, Pen. Pegawai Pelajaran Daerah (Sains Sosial). Beliau telah memberi garis panduan dalam menyediakan fail panitia yang lengkap.
TQ.....EHEM2 BATUK PULOK DOH!!!!!!!!!
Kursus Penggunaan Edu Web Tv dalam P&P
AKTIVITI PULOKKK....
Assalamualaikum.
Rasional kursus ini diadakan bagi menambahkan pengetahuan semua guru SK Kandis di dalam penggunaan program MS Word dan MS Excel. Ramai guru masih belum menguasai kedua-dua program ini pada tahap yang baik dan sebahagiannya sudah menguasai dengan baik jadi pendedahan ini diharapkan dapat merapatkan jurang antara dua kelompok ini. Ia juga diharapkan agar dapat mengurangkan kebergantungan kepada guru-guru lain bagi menyiapkan sesuatu tugasan.
Program MS Word telah dikendalikan oleh En Saupi b Ali. Beliau telah mengajar semua guru bagaimana menggunakan Mail Merge bagi memudahkan guru untuk menyediakan sijil-sijil. Didapati masih ramai guru yang belum menguasai Mail Merge. Walaubagaimana pun, pujian harus diberikan kepada guru yang telah berjaya mencipta sijil dibawah bimbingan beliau.
GAPHO DIO AKTIVITI MINGGU NIE...
SETAKAT NI JUGAK SEK KANDIS TELAH BEBERAPA KALI MENJALANKAN KHURSUS UNTUK SEMUA GURU DAN STAF,DIANTARANYA IALAH :-
Tarikh : 1 Jun 2009 (Isnin)
Tempat : Makmal Komputer SK Kandis.
Sasaran : Semua guru SK Kandis
Assalamualaikum.
Kursus Pengurusan Panitia (Fail PLBS) telah disampaikan oleh Pn Che Siti bt Muda, Pen. Kanan Pentadbiran SK Kandis. Beliau telah menghadiri taklimat berkenaan Pengurusan Fail PLBS di Demong Beach Resort, Besut, Terengganu.Beliau telah menerangkan secara terperinci garis panduan dalam melaksanakan PLBS dan borang-borang yang perlu diisi. Semua guru perlu mengetahui bagaimana PLBS ini dijalankan.Ceramah berkenaan HEADCOUNT pula telah disampaikan oleh En Mohd Hasany b Hashim, Ketua Pen Pengarah -B.Melayu, JPN Kelantan. Beliau telah mengupas secara mendalam berkenaan Headcount dan memberi garis panduan bagaimana ia dijalankan. En Mohd Hasany juga telah memberi tips-tips bagi melaksanakan P&P berkesan setelah postmortem mengenai kelemahan murid dikenalpasti.
PEMBUKO BICAROO...SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN KANDIS
Pada tahun 1956 , sekolah ini telah dipindahkan ke tapak baru dengan bilangan bilik darjah sebanyak 4 buah dan keramaian murid bertambah kepada 134 orang . Pembinaan bangunan baru itu , dengan bantuan sepenuhnya daripada pihak kerajaan . Manakala guru bertambah menjadi 7 orang .
Pada tahun 1960an 2 buah rumah guru telah didirikan untuk kemudahan guru . Ini kerana pada masa itu sekolah ini dianggap kawasan pendalaman kerana sukar dari segi pengangkutan . Pada tahun 1978 murid-murid sekolah ini telah meningkat kepada 220 orang dan bilangan guru meningkat kepada 9 orang . Oleh itu sebuah bangunan 2 tingkat dan satu bangunan kantin didirikan .
Apabila jalan-raaya siap dibina menghubungkan Dearah Telong dengan kawasan luar , bilangan murid bertambah menjadi 326 orang dan 13 orang guru . Dengan siapnya perkampungan Nelayan Kandis { 1988 } bilangan murid terus bertambah kepada 436 orang . Pada tahun1989 , pihak sekolah telah mendapat projek secara gotong royong { rm 100 000.00 } untuk digunakan bagi membina bangunana Pusat Sumber dan Bangunan Asrama Desa .
Kedua-dua bangunan tersebut adala daya usaha Tuan Haji Ahmad Shahibudin b Haji mohd. Noor . Kerajaan terus memberi bantuan dimana pada tahun 1993 sekolah mendapat 2 lagi projek iaiatu 2 unit rumah guru kelas F dan seunit dewan makan asrama . Oleh sebab bilangan murid senantiasa bertambah , kerajaan telah meluluskan 3 buah lagi bilik darjah yang baru .
Pada tahun 1996 , sekolah ini telah mempunyai 16 kelas termasuk satu kelas pra . Bilangan murid bertambah kepada 604 orang dan tenaga penganjar seramai 27 orang . Pada tahun 2002 satu lagi projek besar telah dijalankan iaitu satu set lengkap asrama desa yang dapat memuatkan 200 orang murid .
Moga berjaya dimasa hadapan