Sekolah Kebangsaan Kandis diasaskan pada tahun 1947 oleh Tuan Haji Saad Bin Chik iaitu Penggawa Dearah Telong . Nama Kandis diambil sempena pokok asam kandis yang banyak terdapat di kawasan sekitar sekolah pada masa itu . Pada peringkat awal penubuhan sekolah ini mempunyai 35 orang murid dan seorang guru iaitu Cikgu Mohammad bin Yusof serta sebuah bilik darjah yang dibina secara gotong-royomg . Murid-murid diajar menulis , membaca dan mengira . Tulisan dan bacaan jawi diutamakan . Jarak sekolah ini dengan bandar Bachok lebih kurang 16 km.
Pada tahun 1956 , sekolah ini telah dipindahkan ke tapak baru dengan bilangan bilik darjah sebanyak 4 buah dan keramaian murid bertambah kepada 134 orang . Pembinaan bangunan baru itu , dengan bantuan sepenuhnya daripada pihak kerajaan . Manakala guru bertambah menjadi 7 orang .
Pada tahun 1960an 2 buah rumah guru telah didirikan untuk kemudahan guru . Ini kerana pada masa itu sekolah ini dianggap kawasan pendalaman kerana sukar dari segi pengangkutan . Pada tahun 1978 murid-murid sekolah ini telah meningkat kepada 220 orang dan bilangan guru meningkat kepada 9 orang . Oleh itu sebuah bangunan 2 tingkat dan satu bangunan kantin didirikan .
Apabila jalan-raaya siap dibina menghubungkan Dearah Telong dengan kawasan luar , bilangan murid bertambah menjadi 326 orang dan 13 orang guru . Dengan siapnya perkampungan Nelayan Kandis { 1988 } bilangan murid terus bertambah kepada 436 orang . Pada tahun1989 , pihak sekolah telah mendapat projek secara gotong royong { rm 100 000.00 } untuk digunakan bagi membina bangunana Pusat Sumber dan Bangunan Asrama Desa .
Kedua-dua bangunan tersebut adala daya usaha Tuan Haji Ahmad Shahibudin b Haji mohd. Noor . Kerajaan terus memberi bantuan dimana pada tahun 1993 sekolah mendapat 2 lagi projek iaiatu 2 unit rumah guru kelas F dan seunit dewan makan asrama . Oleh sebab bilangan murid senantiasa bertambah , kerajaan telah meluluskan 3 buah lagi bilik darjah yang baru .
Pada tahun 1996 , sekolah ini telah mempunyai 16 kelas termasuk satu kelas pra . Bilangan murid bertambah kepada 604 orang dan tenaga penganjar seramai 27 orang . Pada tahun 2002 satu lagi projek besar telah dijalankan iaitu satu set lengkap asrama desa yang dapat memuatkan 200 orang murid .
Moga berjaya dimasa hadapan

No comments:
Post a Comment